Jalan2 Tokyo atau sebelum ini dikenali sebagai HG Travel telah ditubuhkan oleh pelajar pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun. Jalan2 Tokyo berpusat di Hachioji, dan servis yang kami sediakan hanya meliputi sekitar kawasan Tokyo sahaja. Antara servis2 yang kami sediakan di Jalan2 Tokyo ialah :


  1. Servis Tour Guide
    1. Tour Guide kami adalah dari pelajar Malaysia yang boleh berbahasa Jepun dengan baik.
    2. Salah satu masalah apabila anda melancong ke Jepun ialah, komunikasi. Rata rata masyarakat Jepun hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Jepun sahaja, walaupun ada di antara mereka yang boleh berbahasa Inggeris, bilangan mereka amat lah sedikit.
    3. Bagi memudahkan trip perjalanan anda ke Jepun, Tour Guide kami akan menemani anda dan membawa anda di sekitar tempat2 menarik di Tokyo.
  2. Nasihat Perjalanan (Itinery Advise )
    1. Untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda di sini, kami bersedia untuk memberi nasihat2 atau panduan kepada anda.
    2. Kami juga boleh menyediakan jadual perjalanan sepanjang anda melancong di Tokyo.
    3. Bagi merasai suasana masyarakat di Jepun, kami hanya menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan di sekitar Tokyo. 
  3. Fotografi
    1. Anda pasti ingin merakam setiap detik2 manis anda sepanjang lawatan anda di Tokyo.
    2. Tour Guide kami juga andalah juru fotografi anda.
    3. Anda tidak perlu membawa kamera, kerana kami telah menyediakan kamea DSLR bagi merakam setiap detik2 manis anda di sini.
    4. Pada hari terakhir anda di sini, kami akan masukkan gambar2 yang telah di ambil ke dalam USB / Pendrive dan akan diserahkan kepada anda sebagai simpanan peribadi.
  4. Portable wifi
    1. Apabila anda melancong, antara perkara yang paling penting ialah talian komunikasi / Wifi.
    2. Kami juga menyediakan portable wifi atau pocket wifi kepada anda sepanjang anda melancong di Tokyo.
    3. Portable Wifi mudah di bawa kemana mana sepanjang lawatan anda, dan tempoh hayat bateri juga mencecah 10 jam.
    4. Anda boleh sambungkan Portable Wifi dengan smartphone, tablet ataupun laptop anda.
  5. Panduan makanan Halal
    1. Antara perkara yang paling susah ialah mencari makanan Halal, hampir kesemua makanan di Jepun ada kandungan khinzir, alcohol ataupun bahan bahan yang tidak pasti sumber nya.
    2. Tour Guide kami sedia memberi panduan bagaimana untuk memilih makanan yang dijamin Halal.
    3. Di jepun juga terdapat kedai2 restoran yang halal, walaubagaimanpun bilangan nya amat sedikit.
    4. Tour Guide kami boleh membawa anda ke restoran2 halal yang ada disekitar Tokyo.
Tujuan Jalan2 Tokyo atau juga dikenali sebagai HG Travel ditubuhkan ialah bagi memudahkan pelancong2 Malaysia melancong di Jepun. Di samping itu, kami juga ingin menyediakan pekerjaan sampingan bagi pelajar Malaysia yang ada di sini. InshaAllah.